Friday, February 25, 2011

Nurshop Give way - 3rd Prize

Alhamdulillah...1st time join contest berupa give away, ade rezeki dapat 3rd prize..Thanks ye juri..

Thursday, February 24, 2011

coNtEst kaMi pose comey..


contest yang mmg syok & rugi kalau tak join...jadi aku pertaruhkan ( fuyyo ayat...) gambo aku dgn kengkawan ni...

syarat-syarat nak join contest ni..
1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah
blog ape tu? klik kat amni

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!!
(roger, beres)

3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas..
(roger, beres..ni gambo aku & kengkawan..)




4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..
ayat aku yang ni...saya join sebab nak tunjuk betapa hebatnya aku & kawan-kawanku berbaju hitam, berkaca hitam di tepi pantai untuk kasi hitam...:)

5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..
aku tag kat

6~mencari seorang pemenang:hadiah berupa handset Apple iphone (fuyyo...)
pix hiasan


OR


RM100 +TOPUP 50...
(law menang pilih salah 1 je hadiah k)


7~tarikh tutup 25 feb 2011 (dan lagi ni..)

*hantarlah pix yang cumey2 k..goodluck..
(^_________________________^)

Contest Gambar Kahwin


Objektif Contest Gambar Kahwin:

1) Memberi peluang kepada anda mengimbau kembali saat bersejarah
( tu yg buat aku nak join contest ni..)
2) Memupuk semula kasih sayang antara pasangan ( pada aku bukan pupuk semula tp menambah..ngeh3x)
3) Menambahkan kenalan seterusnya menambahkan silaturrahim di alam maya. ( follow jugak blog ku yer...)

Disebabkan contest ni menarik kalbuku, aku pon ter"join" lah...mane tau dgn contest ni umur perkahwinan kami akan sentiasa segar...

Gambar yg aku rasa romantik ialah....jeng jeng jeng...............toink!

bile ade contest mestilah ade adiah kan..
adiah dia syok beb....

1) RM 100 + Saguhati
2) RM 70+ Saguhati
3) RM 50 + Saguhati

Syarat-Syarat Penyertaan:

1) FOLLOW hidayahsyafiq punyer blog
(done)

2) Membuat satu entry gambar perkahwinan anda dan pertandingan
. (done)
ni entry dia


3) Letakkan Banner ini semasa pertandingan dilangsungkan..(done)

4) Jika anda belum berkahwin, boleh menggunakan gambar perkahwinan ahli keluarga atau kawan-kawan DENGAN SYARAT meminta izin dan kebenaran dari PIHAK mereka. (eden dah kawin..)

5) Gambar hendaklah jelas dan terang. Hanya SATU keping gambar sahaja..(done)

6) Pemenang dikira berdasarkan teknik solekan, teknik fotografi dan nilai sentimental yang ada pada gambar.(rasenye dah ok kot)

DAN sertakan sekali DEFINISI PERKAHWINAN anda..( tidak lebih 30 patah perkataan) -kat bawah ni eden punyer

Pada aku

" Perkahwinan bukan hanya untuk melahirkan zuriat pewaris zaman tetapi untuk memupuk persefahaman dan penerokaan hidup sebenar sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana segala kekurangan kita dilengkapkan dengan kehadiran insan tersayang."

7) Keputusan adalah MUKTAMAD (off course lah kan...)

8) Peraduan akan tamat pada 27 FEBRUARI 2011 ( sempat lagi kot..)

Contest Senyum Paling Ceria


Contest ni anjuran nameeroslan. Aku try masukkan gambar aku dengan baby Sofea comey tak senyum kartun kami ni.. Tengoklah betape happynye dia tersenyum...kihkihkih...

Masa ni kat Genting Highland..Family Vacation..

Hadiah contest ni sangat lumayan..leh g makan besar tuh..

so kengkawan followers leh lah join ye..

Tarikh tutup 31 Mac 2011

Wednesday, December 15, 2010

Nur shop Giveaway



Assalamualaikum...

1st time nak join contest Giveaway ni..Contest ni anjuran Nur Shop

Tarikh tutup dia 30 Januari 2011

Syarat-syarat dia :

1.wajib follow blog NUR SHOP.
2.wajib add blog NUR SHOP dlm blog anda.
3.wajib add banner di atas di sidebar blog anda beserta link sekali yer.
4.wajib buat satu entry dlm blog anda mengenai GIVEAWAY NUR SHOP.
5.jgn lupa tinggalkan jejak anda beserta link dlm entry ini shj yer...

Jom kawan-kawan..join contest ni

Siblings Gathering at Genting Highlands



Lepas ke Singapore, kali ni kami ke Genting plak..Kali ni ke Genting sebab kumpul adik beradik suami..Di samping bawak budak2 jalan time skul holiday..Mula tu ingat Genting panas jer..Jadi kelengkapan ke Genting takde lah macam cuaca kat sane sejuk @ berkabus tebal..Sofea siap bawak byk suar pendek & gaun lagi..

My beloves Husband

My little princess - Sofea

Alkisah nak dijadikan gempak nye..sampai kat Genting hari Ahad tengahri.,,tp cuaca berkabus tebal macam waktu malam jer..mak ai..sejuk giler..nasib ade standby jaket..sofea plaj kena lah gulung dngan blanket dia..dah dia pakai short romper..kesian dia..mmg sejuk..mcm obersea gitu..hihihi..

Dengan auntie Pis ( biras) & nina


Kak Liza (Ipar) , Me & Kak Ila( Biras)

Kami sewa apartment Ria..hmm..rate dia utk satu malam cuma RM450 je dgn 3 bilik yang boleh muat 2 family dlm tu lah..nice lah apartment dia..Ada dapur, pinggan mangkuk, cawan+jag, kuali pun ade..hahaha..TV plak LCD beb..style lah mcm standart hotel..tak mcm org citer sblm ni apartment Ria berhantu..aku tgk ok lah..sesuai utk family gathering..boleh masak2 lagi..So sesape yang nak booking Ria apartment better call no yang ade kat link ni..Ria Apartment.Selamat pun ia..

Petang tu kami naik genting, jalan kaki jer..sume pakat pakai jaket tebal2..coz kabus mmg sejuk sangat..kesian dgn kakak2 ipar & biras ku yang terlupa bawak jaket..bukan lupa tp kiteorg ingat tak delah sejuk mane genting time ni..anak2 buah lak nasib ade yang bawak jaket & sweter xtra..so pakailah..selamat lah dr kesejukan..



Kiteorg pakat main kat indoor ptg tu..mmg plan mcm tu pun sblm ni..Kiteorg amik 4 pakej family ( 2 dewasa + 2 kanak2) dan utk aku dgn hubby 2 adult ticket lah...So naik lah segala jenis games indoor yang leh naik kat citu... Balik ke Ria semula dalam kul 11 mlm.aku dgn hubby lah..coz Sofea nak tido..Kesian dia..

Citer hari esok plak..

Tengahri tu pas check out, kami g ke Outdoor plak..Kat sini main segala jenis outdoor games..aku tak larat lah nak main..semalaman aku tak lena tidur sbb terlalu sejuk..next time tidur kena pakai stokin lah...tgk org main jer..sbb kena jaga sofea..hehehehe...





Abis main tu dah mlm gak lah..dalam kul 8..kak Linda & family, Abg Khalid & Family, Abg Jojo & family teruskan ke Rumah Salji..Family aku & Family Kak Liza balik KL..Umah salji tu aku nak gak masuk tapi memikirkan sofea tak leh masuk, jd aku plan bile dia dah 2 tahun baru bawak masuk lah..rugi je kalau g..kan!

Balik KL kami semua kepenatan..Mana taknye, penat ke Singapore tak bis lagi ke Genting plak..

Pas ni ke mane lak ek? hmmm..TUNGGUUUUUUUU

Thursday, December 9, 2010

20 Panduan nak ke Singapore

Sebelum nak ke Singapore, boleh lah jadikan ini sebagai panduan sebelum ke sana..Apa pun, pasport mesti ada ye..

1. Sediakan wang yang mencukupi

2. Ambil cuti selepas pulang dari Singapore

3. Sediakan passport antarabangsa (tiada lagi paspot terhad ke singapura).RM100 utk 2 tahun (48 m/s) @ Rm300 utk 5 tahun..Kanak2 half price.

4. Sediakan kad touch n go

5. Sediakan salinan geran kereta dan insuran kereta

6. Tukar duit Singapore Dollar @ SGD di kedai pengurup wang

7. Bergerak ke Woodlands/Tambak Johor (1 km dari hotel). Jangan lupa bawa baju mandi dan tuala budak- budak.

8.Jangan lupa bawa cebok atau botol besar atau kecik utk cebok air – tandas singapura kebanyakannya tiada paip air)..wet tissue pun ok..tp ade gak toilet yg ade air..up 2 u..

9.Minta embarkation card (white card) di Imigresen Malaysia utk diisi siap2 sebelum masuk Singapura

10.Lalu imigresen dan kastam malaysia (Bangunan Iskandar)

11.Menyeberang tambak menuju Singapura

12.Pemeriksaan imigresen singapura. Serahkan white card.

13.Pemeriksaan kastam singapura. Apply Auto Pass kat Kastam Singapore..wajib bg yg xda.(leh top up kt mane 7Eleven)

14.Selamat Datang ke singapura

Nak balik – cari highway menuju ke Woodlands @ Johor – Cari papantanda masuk ke lebuhraya bernama PIE atau BKE.

15.Di woodlands kena pemeriksaan imigreen singapura.

16.Kemudian pemeriksaan kastam – hati-hati barangan elektronik kena cukai. Kalau tak nak kena cukai, buang kotak, simpan barang kecil seperti handphone, mp3, mp4 di mana-mana bahagian yang selamat

17.Bayar tol Woodlands SGD 1.20 (RM 2.91)

18.Seberang tambak menuju Johor

19.Pemeriksaan imigresen malaysia.

20.Bayar tol malaysia RM 2.90 guna kad touch n go (tiada lagi bayaran tunai mulai 15/12/2008)

*Had laju jalan raya dalam bandar – 50kmj
*Had laju lebuhraya 70-90kmj
*Sabtu @ Ahad @ cuti umum – tak perlu bayar permit kereta (SGD 20) & tak perlu bayar tol


Kisah cinta kami..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buah hati mama & papa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Trip to Singapore 2010