Tuesday, April 27, 2010

Kuih seri muka

Bahan-bahan

* 250g pulut direndam satu jam /lebih dengan air
* 3 helai daun pandan (di belah 2)
* 500 ml santan pekat (anggaran)
* 60gm gula merah
* 50 gm gula
* 1 biji telor
* 50 gm tepung gandum
* 30 gm tepung kastad
* garam secukupnya



Cara-cara

1. mula2 panaskan air kukusan..biar didih..sementara tunggu air didih...guna loyang 7x7 inci..susun daun pandan dalam loyang..lepas tu letak pulut yg telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya. kemudian letakkan 200gm santan yg dicampur dengan 1 sudu kecik/1/2 sudu kecil garam. (santan mesti hapus paras pulut, kalau terlebih santan boleh buang sikit, kalau kurang campur dengan air)

2. bila air dah didih kukus pulut selama 20minit..selepas 20 minit angkat pulut dan keluarkan dari pengukus. keluarkan daun pandan. ambil sudu dan kuak2 kan pulut.selepas itu rata2 kan pulut dan tekan2 sikit untuk jadikan pulut tu padat.(untuk mudahkan dari pulut tu melekat pada sudu celup sudu tu dgn air utk tak kasi pulut tu melekat pd sudu dan senang nak rata kan pulut)

3. selepas itu kukus balik pulut tu. sementara itu boleh la dibuat bahagian atas pulak.

untuk bahagian atas kuih:-

1. mula2 isi tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas. kemudian isi gula merah dan gula putih, telor( kacau sikit je) dan garam sedikit. kemudian letak santan (baki santan lagi 300ml)sikit2 dan kacau perlahan2. selepas semua bahan sebati tapiskan bahan tadi kedalam periuk.

2. masak bahan dalam periuk dengan api yg kecil. kacau2 selalu. selepas bahan macam nak likat (boleh tau dia nak likat bila bahagian bawah dia rasa macam nak jadi ketul2) , tutup api periuk dan terus kan mengacau...biar bahan tu sekata..tak dek ketulan.

3. buka penutup pengukus, tuangkan bahan tadi diatas pulut. tutup balik periuk dan biar kuih ini masak lagi selama 20-30 minit.

4. selepas masak keluarkan dari pengukus dan biarkan ia sejuk. dah sejuk barulah dipotong untuk dimakan..

Monday, April 26, 2010

Seks ketika hamil

Sekiranya anda seorang yang normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan. Kehamilan yang normal termasuk mereka yang tidak berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang.


Wanita hamil selalunya takut yang seks boleh menimbulkan kesan buruk kepada bayi dan berfikir yang ia boleh menyakitkan bayi. Jangan risau, bayi sebenarnya dilindungi oleh lapisan tisu air ketuban didalam rahim yang menghalang jangkitan kuman, gegaran atau geseran yang mungkin berlaku semasa hamil.

Ada juga pasangan yang risau yang seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu semasa hamil. Yang sebenarnya, nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Berbincanglah dengan pasangan anda tentang kehendak dan naluri masing-masing.

Bila seks menjadi tidak selamat:

* Sekiranya anda mengalami keguguran berulang
* Sekiranya anda pernah mengalami kelahiran pra-matang
* Sekiranya anda didiagnoskan mengalami Placenta Previa atau uri bawah
* Sekiranya air ketuban anda sudah pecah
* Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj
* Sekiranya anda dan pasangan mengalami jangkitan kuman kelamin
* Sekiranya anda hamil kembar dan pada peringkat akhir kehamilan

tanda-tanda nak bersalin



Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.


Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.
Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

* Menghadiri kelas antenatal
* Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
* Tonton video kelahiran
* Amalkan pernafasan and relaksasi.



Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar


Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

pureen warehouse sale


25hb April yang lepas aku g shopping brg baby kat PJ.Kat summit company...Pureen warehouse. Plan nak g awal pagi dgn hubby. kira kul 8 dr rumah lah..tapi malam sebelum tu kitaorg hang out kat hartamas square dgn as & anod balik lak lewat.so kesiangan lah gak..jadi g shopping dr umah dlm kul 9pg.sampai dalam kul 9:55 pagi (tgk kat kad autopay) kitaorg parking dlm bangunan sebelah.selesa lah coz redup.keta pun tak panas.jalan tak delah jauh sgt..dlm perjalanan ke tempat sale tu risau gak aku tak dpt masuk ramai org. coz aku baca dlm blog shoppingnsales tu mcm sesak sgt je..tp aku dgn hubby tawakal je lah..sampai kat tempat sale, tak delah ramai org sgt..kirenye leh lah masuk & pilih2 barang..syok gak shopping kali ni..sebab murah gile..aku pilih2 baju, tunjuk kat hubby. dia kata amik je..kalau kat JJ siap tgk harga dulu.pk dua tiga kali..yang ni takde pk ape pun..amik je..karang baru decide..bukan aku sorang je yg shopping..hubby pun same..aku dgn dia dah mcm wat haluan sendiri..hehehe..dia pun same gak ligat cari baju, topi, bantal & lain..atceli kitaorg dah ade beli skit2 sebelum ni..jd pegi pureen ni cuma nak beli baju2 utk stok bb dah besar nanti...bijak tak?hehehe..

banyak gak lah kitaorg beli baju..kebanyakkan warna pink..dr kata aku dpt bb gurl..harap2 tak bertukar..aku & hubby dah borong baju pink banyka gile..siap ade gaun lagi..imagine lah..kalau baju2 baby semua nye bawah RM15 je..aku punya grab sume area RM3 - RM12..ahaks...



bila aku rasa dah takde apa lagi nak beli kitaorg kuar lah dr tempat baju..time aku kuar ni tgk mcm dah makin ramai org yang dtg..nasib sampai agak awal..masa aku sampai utk pilih2 baju, agak selesa lah gak..coz bolehpilih2 & letak semula..kira leh lebih sekali round lah...

pastu kitaorg g lah cari acc bb lak..aku tak perasan nursing pad dlm kotak.so aku capai 2 set je..frust gak lah..kitaorg beli lah tambahan brg2 toileteries mcm shampoo,lotion & baby oil..tak ketinggalan barang utama aku nak g pureen warehouse ni..diapers dia..aku amik pureen basic..2 pack RM48..pastu mcm nak try dry5, so hubby kata amik je lah then aku amik 1pack utk RM24..org kata bb masa kecik2 byk pakai pampers.so thats y amik bnyk2..b4 aku beli huggies & drypers..masing2 harga RM30 bawah..kira ni tambah stok je lah..alang2 mcm murah...

beratur nak byr pun pada aku takdela teruk sgt..kira bergerak lah perjalanan ke kaunter tu..total aku shopping kalu ni..RM374..
amik ko...

aku kat situ ingat kan berjam2..pastu kuar ke keta..byr kat autopay RM2 je..kuar kul 11:35..kejap je kan..ye lah nak buang masa lelama kat situ wat pe..walaupun aku takde plan sgt nak beli ape, tp takde lah nak duk situ sampai berjam2...

aku lega byk brg bb dah beli..tapi mama dia hold dulu..hehehe...aku nak tunggu poney sales pulak lak..

Wednesday, April 21, 2010

resipi kek coklat

Resipi ni kak liza yang bagi..aku try..senang dan sedap lah..apa kata u guys try..

Bahan-bahannye:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepunggandum
1 sudu soda bicarbonate
1 sudu baking powder
3 biji telur
1 sudu esen vanilla

Now, cara nak buat nyer:

1. Campurkan koko, gula, susu cair, minyak masak & susu manis dalam periuk. Masak atas api yang sederhana sampai semuanye larut..

2. Lepas tu ayak tepung gandum, soda bicarbonate & baking powder

3. Pukul telur sampai kembang.

4. Lepas tu, masukkan tepung yang dah di ayak tadi dengan koko yang dah dimasak tu. Kacau sampai rata & sebati.

5. Kukus lah dia dalam periuk kukus selama lebih kurang sejam. Ikut pada acuan yang digunakan.

* aku cuma guna bekas platik transperent yang utk microwave tu. So dia masak dalam kurang dr sejam je.

Senang kan? Apa lagi..cubalah

Tuesday, April 20, 2010

Ikan bakar

Last week aku g makan ikan bakar..ye lah dah masuk 9 bulan baru leh makan ikan bakar..So ari jumaat malam tu aku g lah dgn my hubby..Kita org g makan kat bagan lalang..Nama tempat makan tu Wak Lan Bayu Malam Ikan Bakar..Aku order menu ni:

1. ikan jenahak bakar,
2. pepahat masak merah telur
3. Sotong goreng tepung
4. Kailan ikan masin
5. Air tembikai

Total untuk 2 orang makan RM47.60

Aku tak kisah lah bayar banyak mane pun if sedap..Tapi masakan dia tak kick lah..aku tak puas makan ikan bakar ni.. Dah lah sambal cicah dia tak umph...Rasa menyesal gak lah g jejauh. Aku g pas magrib dalam kul 8. So sampai dalam kul 9. Guna GPS lah gak.. Tempat ni dekat dgn Sepang Goldcost..Dah bis makan kita orang terus lah balik. Yang jadi kelakarnye, GPS dah bis bateri so main redah je lah balik. Dari sepang dalm kul 10 pas bis makan tapi sampai umahnye dekat kul 12 tgh malam..Merewang jalanye masuk sana sini tah ape2 tah..Siap sampai Nilai lagi. Padahal pegi taklalu pun Nilai..takpe lah..tu baru name jalan-jalan cari makan..tapi tak syok lah coz makanan nye tak sedap..hmmm.........

Esoknye aku g ajak hubby lagi g makan ikan bakar coz semalam punya ikan tak sedap. So kitaorang g lah luncj kat Jalan Bellamy belakang Istana Negara. Kita orang punya menu

1. Ikan talapia bakar
2. Ikan keli bakar
3. Ikan pari bakar
4. Nasi putih ( sayur tak de coz dah abis)
5. Air barli
6. Air sirap

Total RM23

Kat sini mmg aku puas makan..Mana taknye order ikan sampai 3 ekor (utk 2 orang makan lah) Sambal dia plak ade dua. Satu sambal mcm sambal belacan (air asam kot) satu lagi sambal kicap.. mmg umph..Aku siap ratah ikan lagi..Puas lah makan kat sini..memang selera aku..Harga pun berpatutan..Tak sia2 g jejauh..

Monday, April 19, 2010

Saya budak baru belajar

Hari nie aku baru nak mula belajar buat blog..atceli dah belajar dulu tapi delete coz mcm tak reti je no go tru..tp bila dahnak mula jinak2 dgn dunia penulisan, tu yang try wat balik blog tue..

sesape yang baca and ade idea leh lah gtau ek..

Kisah cinta kami..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buah hati mama & papa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Trip to Singapore 2010