Tuesday, April 27, 2010

Kuih seri muka

Bahan-bahan

* 250g pulut direndam satu jam /lebih dengan air
* 3 helai daun pandan (di belah 2)
* 500 ml santan pekat (anggaran)
* 60gm gula merah
* 50 gm gula
* 1 biji telor
* 50 gm tepung gandum
* 30 gm tepung kastad
* garam secukupnya



Cara-cara

1. mula2 panaskan air kukusan..biar didih..sementara tunggu air didih...guna loyang 7x7 inci..susun daun pandan dalam loyang..lepas tu letak pulut yg telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya. kemudian letakkan 200gm santan yg dicampur dengan 1 sudu kecik/1/2 sudu kecil garam. (santan mesti hapus paras pulut, kalau terlebih santan boleh buang sikit, kalau kurang campur dengan air)

2. bila air dah didih kukus pulut selama 20minit..selepas 20 minit angkat pulut dan keluarkan dari pengukus. keluarkan daun pandan. ambil sudu dan kuak2 kan pulut.selepas itu rata2 kan pulut dan tekan2 sikit untuk jadikan pulut tu padat.(untuk mudahkan dari pulut tu melekat pada sudu celup sudu tu dgn air utk tak kasi pulut tu melekat pd sudu dan senang nak rata kan pulut)

3. selepas itu kukus balik pulut tu. sementara itu boleh la dibuat bahagian atas pulak.

untuk bahagian atas kuih:-

1. mula2 isi tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas. kemudian isi gula merah dan gula putih, telor( kacau sikit je) dan garam sedikit. kemudian letak santan (baki santan lagi 300ml)sikit2 dan kacau perlahan2. selepas semua bahan sebati tapiskan bahan tadi kedalam periuk.

2. masak bahan dalam periuk dengan api yg kecil. kacau2 selalu. selepas bahan macam nak likat (boleh tau dia nak likat bila bahagian bawah dia rasa macam nak jadi ketul2) , tutup api periuk dan terus kan mengacau...biar bahan tu sekata..tak dek ketulan.

3. buka penutup pengukus, tuangkan bahan tadi diatas pulut. tutup balik periuk dan biar kuih ini masak lagi selama 20-30 minit.

4. selepas masak keluarkan dari pengukus dan biarkan ia sejuk. dah sejuk barulah dipotong untuk dimakan..

2 comments:

Kisah cinta kami..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buah hati mama & papa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Trip to Singapore 2010