Thursday, December 9, 2010

20 Panduan nak ke Singapore

Sebelum nak ke Singapore, boleh lah jadikan ini sebagai panduan sebelum ke sana..Apa pun, pasport mesti ada ye..

1. Sediakan wang yang mencukupi

2. Ambil cuti selepas pulang dari Singapore

3. Sediakan passport antarabangsa (tiada lagi paspot terhad ke singapura).RM100 utk 2 tahun (48 m/s) @ Rm300 utk 5 tahun..Kanak2 half price.

4. Sediakan kad touch n go

5. Sediakan salinan geran kereta dan insuran kereta

6. Tukar duit Singapore Dollar @ SGD di kedai pengurup wang

7. Bergerak ke Woodlands/Tambak Johor (1 km dari hotel). Jangan lupa bawa baju mandi dan tuala budak- budak.

8.Jangan lupa bawa cebok atau botol besar atau kecik utk cebok air – tandas singapura kebanyakannya tiada paip air)..wet tissue pun ok..tp ade gak toilet yg ade air..up 2 u..

9.Minta embarkation card (white card) di Imigresen Malaysia utk diisi siap2 sebelum masuk Singapura

10.Lalu imigresen dan kastam malaysia (Bangunan Iskandar)

11.Menyeberang tambak menuju Singapura

12.Pemeriksaan imigresen singapura. Serahkan white card.

13.Pemeriksaan kastam singapura. Apply Auto Pass kat Kastam Singapore..wajib bg yg xda.(leh top up kt mane 7Eleven)

14.Selamat Datang ke singapura

Nak balik – cari highway menuju ke Woodlands @ Johor – Cari papantanda masuk ke lebuhraya bernama PIE atau BKE.

15.Di woodlands kena pemeriksaan imigreen singapura.

16.Kemudian pemeriksaan kastam – hati-hati barangan elektronik kena cukai. Kalau tak nak kena cukai, buang kotak, simpan barang kecil seperti handphone, mp3, mp4 di mana-mana bahagian yang selamat

17.Bayar tol Woodlands SGD 1.20 (RM 2.91)

18.Seberang tambak menuju Johor

19.Pemeriksaan imigresen malaysia.

20.Bayar tol malaysia RM 2.90 guna kad touch n go (tiada lagi bayaran tunai mulai 15/12/2008)

*Had laju jalan raya dalam bandar – 50kmj
*Had laju lebuhraya 70-90kmj
*Sabtu @ Ahad @ cuti umum – tak perlu bayar permit kereta (SGD 20) & tak perlu bayar tol


1 comment:

  1. Nak tanya... if beli barang di singapore penuh satu kete tp xde brg elektronik... kete kena tahan tak? Adakah barang2 tersebut akan dikenakan cukai? Nak beli boardgames and toys je...

    ReplyDelete

Kisah cinta kami..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buah hati mama & papa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Trip to Singapore 2010